Khamis, 26 Februari 2009

My beloved

Gambar-gambar di bawah ni sebenarnya aku dah letakkan di blog wordpress aku, sengaja aku letakkan di blog seniduniaku ni sebab kesibukan membataskan aku untuk menembak gambar. Model macam biasalah siapa lagi kalau bukan adik bongsu kesayangan aku dan my beloved wife yang bakal jadi ibu kepada cahayamata pertama kami ,insyaAllah dalam beberapa minggu lagi. Dah nak jadi bapa yek aku ni. Kepada sahabat-sahabat, blogger2 semua mohon doakan semuanya selamat ye..Aminnn
.










Selasa, 24 Februari 2009

MySis

Masih lagi menggunakan khidmat model yang tak berbayar iaitu adik bongsuku, pejam celik dah bersekolah adik aku nih (Pra sekolah). Antara hobinya ialah posing depan kamera dan x payah disuruh-suruh, macam-macam gaya dia leh pose :). Seronok dan puas apabila subjek yang kita tembak tidak kekok berhadapan dengan kamera.

.







Ahad, 22 Februari 2009

Back to nature 5

Akhirnya tamatlah sudah musim sukan di sekolah aku, dan semasa musim sukan itulah banyak gambar-gambar aktiviti-aktiviti sukan yang aku paparkan pada entry sebelum ini. Kali ini kita berbalik pada nature, gambar sunset kali ini lokasinya masih di tempat tinggal aku. Dah lama aku tembak gambar ni cuma tak berkesempatan untuk publish dek kerana kesibukan menembak gambar sukan.
.







Isnin, 16 Februari 2009

Sukan Sekolah Kali Ke-20 (Tahniah Rumah Merah)

HOLA! HOLA! Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi kerana Sukan Sekolah SMKKT kali ke -20 telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Feb yang lepas. Walaupun sukan kali ini diuji dengan dugaan seperti bekalan tenaga elektrik tiada dan khemah pelajar runtuh akibat angin kencang pada petang sebelumnya, namun guru-guru dan pelajar tetap meraikan sukan sekolah dengan penuh komited walaupun dalam kesederhanaan. Syabas diucapkan kepada warga SMKKT. Tiada rezeki bagi pasukan rumah biru untuk menjulang kejuaraan 3x berturut-turut kerana telah dirampas takhta tersebut oleh rumah merah. Namun begitu, seperti yang diberitahu pada entry sebelum ini, jika rumah biru kalah pada tahun ini, kegagalan itu adalah kerana memberi peluang kepada rumah lain untuk merasa menjulang piala pusingan tersebut (biasalah alasan bagi mereka yang kalah heh), anyway tahniah kepada rumah merah yang berjaya menjulang piala kejuaraan rumah sukan 2009. Namun begitu berwaspadalah menghadapi kebangkitan bala tentera naga biru, tasik kapur barus pada tahun hadapan (Sambil Cikgu Fly mencari bil2 pembelian untuk di claim).
.


























Jumaat, 13 Februari 2009

Acara Sebelum Sukan (Edisi Pelajar)

HOLA! Pada hari selasa 10,11,12 Feb 2009, telah bermula acara sebelum sukan yang akan berlangsung selama 3 hari, acara dimulakan pada pukul 3.30pm hingga lewat petang. seperti dijanjikan entry kali ini aku paparkan edisi khas pelajar pulak . Pelbagai acara telah dijalankan seperti, merejam lembing, lompat tinggi, lompat jauh, melontar peluru, acara larian 1500m, dan 800m. Setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah diucapkan kepada para pelajar yang terlibat dan bersungguh-sungguh dalam menjayakan acara sebelum sukan ini. Semoga kejayaan rumah Cikgu Fly bersama cikgu2 rumah ‘BIRU’ yang lain, iaitu rumah ‘BIRU’ akan berulang lagi kerana Cikgu Fly dah jampi2 dengan (aura kabupaten 1000hp beserta dengan ajaran teknik larian ala kuda kepang tersangkut di celah tingkap) teknik dan petua ini telah diajar sepenuhnya kepada para peserta umah ‘BIRU’, bersiap sedialah kepada rumah2 yang lain..Watch out!!..Sekarang nih diaorang cakap rumah ‘BIRU’ banyak kecundang, tapi pada pendapat aku hero kalah dulu, tapi kalau kalah jugak, sebab tahun lepas dah menang bagilah peluang kat umah lain, aura kabupaten memang menuntut supaya kita jangan tamak, yang penting Polis pakai baju ‘BIRU, bendera johor warna ‘BIRU’, bas kilang warna ‘BIRU’, selipar jepun jiran umah aku warna ‘BIRU’, HEHEHEHE... Apa-apapun kita tunggu keputusanpada esok hari, 14/2/2009 (sabtu) Akhir kata diucapkan SELAMAT HARI ‘BIRU’ KEPADA SEMUA dan marilah menyokong umah ‘BIRU’. Kalau nak beli sabun Fab buku, belilah yang bewarna ‘BIRU’ aje ye..

..






 
© free template