Salam Maal Hijrah untuk semua, Anyway gambar perfume ni gua tembak beberapa hari yang lepas di dalam bilik gua, tutup semua lampu bilik dan pencahayaan gua gunakan torch light.
Ahad, 28 Disember 2008
Isnin, 22 Disember 2008
Ekspresi Hitam Putih
Isnin, 15 Disember 2008
Offline kejap
Al-kisahnya mulai hari ini hinggalah hari sabtu gua x dapat blogging2 kerna isteriku telah membawa laptopku bersamanya atas urusan berkursus selama 5 hari. Sempatlah gua edit 3-4 keping gambar dan hasilnya dalam bentuk foto dan grafik. Tiga rekaan dalam bentuk postcard dan 1 rekaan dalam bentuk cover DVD. Design2 gua ni khas gua tujukan wat Dr.Donny dan cg Itukz sekeluarga, kerana meluangkan masa mereka bersama2 gua dan isteri berhujung minggu di Tg Piai. Untuk makluman, movie dibawah ini telah ditayangkan serentak beberapa bulan yang lepas di negara-negara Balkan dan selatan barbados sekian.....


Sabtu, 13 Disember 2008
Potraiture
Khamis, 11 Disember 2008
Rabu, 10 Disember 2008
Hitam Putih Tanjung Piai
Khamis, 4 Disember 2008
Selasa, 2 Disember 2008
Rock2 jugak solat jangan tinggal
Kat bawah ni Cover Tiket konsert Tour kami sempena konsert jelajah di negara Timur-Timur dan utara Kazakhtan. Eksyen je ni bro, nama kumpulan gua ni boleh berubah-rubah mengikut cuaca dan ikut sedap kami nak sebut heheh...
Al-kisah beberapa hari yang lepas, gua bersama-sama dua orang rakan gua menghabiskan masa kami dengan jamming di salah sebuah studio muzik di bandar Kluang (masa ni catlina gua tinggalkan kat umah mak gua hehehe), thanks diucapkan kepada mereka berdua (Ustaz Apit dan Kiyai Didin) happening tul malam tu. Sebenarnya ada sorang lagi iaitu paman Ali, beliau x dapat hadir sebab dia baru je kahwin(gambar dia kat entry my best friend’s wedding) Sesekali bila jumpa ngan kengkawan lama inilah aktiviti yang biasa kami lakukan semenjak dari bangku sekolah lagi. Bukanlah hebat sangat bro, tapi setakat nak hiburkan halwa telinga kami bolehlah bro hehe. Lagu-lagu ganas yang kami bawa macam biasalah seperti SELIMUT PUTIH, SEPOHON KAYU, LONDON BRIDGE, PAK MAMAT ADA KEBUN, TWINKLE-TWINKLE LITTLE STAR, KLUANG MAN, TOM-TOM BAK, LAGU SEKOLAH, GERAK KHAS, dan banyak lagilah lagu-lagu yang ganas tetapi penuh keinsafan dan ketenangan. Perkara Ajaib berlaku apabila kopiah Ustaz Apit hilang dengan tiba-tiba ishhh dasat..dasat... Anyway korang terhibur dengan tajuk2 lagu kami? nak dengar persembahan kami?maka datanglah ke kompleks membeli belah SOGO khamis ini tingkat lapan aras tiga, belilah 2-3 pasang baju, dan sure kami tak ada kat situ, pendek kata lu orang nyanyi sendiri lah lagu2 tu..RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...

Hehe biasalah gua kalau gi jamming keje gua ialah sebagai tukang pukul je, gitar dan bass ni biasanye Ustaz Apit dan kiai Didin yang conquer hehe

Ustaz Apit
Masa nilah kejadian kehilangan KOPIAH ustaz Apit tetiba hilang semasa kami mendendangkan lagu Supermasive BlackHole versi Kazakhtan..

Kiyai Didin dan Ustaz Apit
Gaya macho 2 pemain bass dan guitar, kiyai Didin (pemain bass) lega setelah ustaz Apit dapat mengawal diri setelah mendendangkan lagu selimut putih dengan berkesan sekali, Kiyai Didin cukup minat ngan lagu-lagu Cromok..Malam tu Kiyai Didin cukup hebat dengan petikan yang
memukau semasa mendendangkan lagu sibling pehhhh...

Gambar ni adalah gambar sebelum mereka berdua bermain gitar menggunakan siku dan penunu bunsen ...cukup dasyat dan mengerikan bro. Lagu ikan kaloi jeee
Ahad, 30 November 2008
My best friend's wedding
Percubaan pertama gua tembak gambar pengantin iaitu kawan baik gua sendiri Encik Razali, Tahniah bro Ali semoga kekal berbahagia hingga akhir hayat. berpeluh-peluh gak dibuatnya ye bila tembak gambar pengantin ni, dengan orang ramai berpusu-pusu nak tengok pengantin. Gua amik apa yang sempat lah sebab gua ni photographer x bertauliah dan hanya dijemput makan je hehe, tembak gambar atas dasar nak mencuba sebelum bergerak lebih jauh lagi dalam bidang photography ni.

Gua rasa dia ni mak andamlah, muda lagi. Bro Ali kalau gua silap tolong betulkan yek..Sempat jugaklah ustaz Apit menjeling-jeling ke arahnya, gua x boleh nanti Catlina belasah gua sebab dia ada kuasa melihat apa yang gua lakukan hehehe.

hehe sempat lagi menjeling keh2

Gaya macho seorang lelaki yang akhirnya berjaya bergelar suami dulu sama-sama curi-curi isap rokok akhirnya ketahuan jugak haha. bro leh jamming lagi ke pas ni?

Tahniah sahabat ku Ali, Pandai lu pilihlah hehe




Sempat gak gua bergambar bersama-sama pengatin, Ustaz Apit(bekopiah) jangan lupa malam ni gi jamming hehe buang kopiah hehe


Sesi potong kek, teringat gua zaman semasa dulu hehe..

Gaya macho seorang lelaki yang akhirnya berjaya bergelar suami dulu sama-sama curi-curi isap rokok akhirnya ketahuan jugak haha. bro leh jamming lagi ke pas ni?

Tahniah sahabat ku Ali, Pandai lu pilihlah hehe




Sempat gak gua bergambar bersama-sama pengatin, Ustaz Apit(bekopiah) jangan lupa malam ni gi jamming hehe buang kopiah hehe


Sesi potong kek, teringat gua zaman semasa dulu hehe..
Orang kuat semasa majlis perkahwinan, Berkopiah Al- ustaz Apit selaku tukang baca doa selamat dan doa makan berdiri di belakang pengapit pengantin selaku pemain Bass guitar berapi.






































