Selasa, 10 Ogos 2010

Salam Ramadhan...

.
.
Telah berkata kepada kami (Imam Muslim), Yahya bin Ayyub, Qutaibah dan Ibn Hajar, bahawasanya, telah berkata Ismail (Ibn Ja'far) daripada Abi Sahl daripada ayah beliau, daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Jika datang (bulan) Ramadhan, maka akan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dibelenggu/dirantai" (Hadis riwayat Muslim)
.
Jadi, ini menunjukkan bahawasanya, Ramadhan merupakan suatu peluang untuk memperbaiki hubungan seseorang hamba dengan Allah s.w.t., kerana dalam bulan tersebut, banyak bantuan-bantuan daripada Allah s.w.t. buat para hambaNya ke arah ketaatan, di samping syaitan yang telahpun dikekang daripada menghasut mereka. Oleh itu, gunakanlah peluang sebaik-baiknya di bulan Ramadhan tersebut agar ianya dapat dijadikan suatu lapangan untuk semakin menghampirkan diri kepada Allah s.w.t. serta memperbaiki hubungan kehambaan denganNya.
Wallahu a'lam...
.

2 ulasan:

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam ramadhan cikgu......
Pa projek bulan ramadhan ni agaknya erk
sampaikan salam buat doc cat:-)

The Tea Drinker berkata...

slamat berposa, bro. doa banyak2 bulan berkat ni. :)

 
© free template