Lama rasanya tak update blog ni, disebabkan kerja-kerja yang menimbun. Baru-baru ni aku berkesempatan bersama-sama pelajar dan guru pergi ke Melaka atas urusan lawatan sambil belajar. Pelbagai akiviti yang telah dijalankan dengan jayanya. Cuma semasa bertolak dari Zoo Melaka satu peristiwa tak dapat kami lupakan iaitu tayar bas tercabut beberapa minit setelah bas bergerak. Panik apabila bas bergoyang dan melihat tayar bas yang kami naiki memintas kami. Tayar bas bergerak dan bergolek2 sejauh 300m menuruni bukit, jenuh gak pelajar-pelajar dan pemandu menolak tayar dari bawah bukit.vDipendekkan cerita semuanya selamat dan aktiviti kami dapat berjalan dengan jayanya setelah bas dibaiki. Alhamdulilah.
.






