Diucapkan selamat bercuti kepada guru-guru dan pelajar-pelajar semua, semoga cuti yang diberikan ini dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Walaupun realitinya ada sebilangan guru2 yang terpaksa hadir ke sekolah waktu2 cuti ni dek kerana ada tanggungjawab dan tugas yang perlu diselesaikan. Pelik tetapi benar masih ada insan yang menganggap tugas guru mudah dan tidak mencabar, kerja setengah hari, banyak lebihan masa dan macam2 lagilah gambaran tentang betapa mudahnya menjadi seorang guru. Bukan mudah yang disangka, tanggungjawab yang dipikul begitu besar, lebih-lebih lagi mengajar pelajar yang berada di era ini. Zaman berubah tidak seperti zaman aku belajar di bangku sekolah, cara atau pendekatan pendidik zaman itu sungguh berbeza dan meninggalkan kesan yang cukup mendalam sehinggalah kesaat ini. Kalau tak kerana rotan manakan insan jahil seperti aku ini bisa menjadi seperti sekarang dan bapa pula akan menambah lagi hukuman jika dia tahu aku telah dihukum oleh guru. Di zaman ini setiap tindak tanduk yang guru lakukan perlu berhati-hati, silap-silap haribulan terpampang nama di dada-dada akhbar dengan kenyataan yang ditulis seakan-akan guru yang terbabit benar-benar bersalah tanpa di bicara. Apapun tahniah diucapakan kepada guru-guru dan pelajar mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan STPM, semoga kejayaan itu menjadi pemangkin kecemerlangan kepada generasi yang berikutnya.
.
