Alhamdulilah beberapa hari yang lepas dapat jugak aku melepaskan gian untuk makan tempe dan dan buah sukun, ini kerana beberapa hari yang lepas telah selesai majlis kesyukuran dan akikah anak dara sulung aku yang diadakan di rumah orang tuaku. Pelbagai juadah dihidangkan namun tekak aku ni tetap jugak menunggu2 buah sukun dan tempe digoreng celup tepung, pastu cicah lak bersama sambal kicap pehhhhhhhhh...sodapppp sampai mak mertua lalu pun tak perasan (lagipun mak mertua aku memang xde masa tu).
1. Membantu pergerakan usus
2. Membantu penambahbaikkan sistem imun
3. Membantu pembentukan vitamin
4. Membantu penyahaktifan agen barah
5. Membantu mengawal kolestrol dan paras hormon
6. Membantu dalam penghasilan laktasi (enzim pengurai susu)
Dengan adanya probiotik, ia dapat mengatasi gangguan keseimbangan bakteria didalam tubuh yang disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:
1. Gaya hidup yang tidak sihat
2. Amalan permakanan yang tidak teratur
3. Penggunaan antibiotic yang tidak terkawal
4. Tekanan mental
5. Persekitaran yang tercemar.
Berbalik kepada ‘tempe’ tadi, ia mengandungi bakteria asid laktik (strain TH10) yang mampu melawan bacteria berbahaya MRSA (methilcillin resistance staphylococeus). Oleh itu, apa kata anda? Adakah tempe akan menggantikan makanan segera seperti pizza, kentang goreng dan burger dalam kehidupan anda.
Rujukan dari : http://uthmdehati.wordpress.com/2008/07/28/khasiat-tempe/
.




