Memaparkan catatan dengan label baby photoshoot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label baby photoshoot. Papar semua catatan

Ahad, 5 April 2009

Little E-ein's Potraitures

Untuk Photoshoot kali ni, Si Little E-in bagaikan tahu bahawa dirinya sedang dijadikan model oleh abahnya. Biasanya kalau x pakai baju E-ein akan meradang dan menangis, tapi hari ni dia cool je, mungkin kerana hari ni cuaca panas dan dia lebih suka x berbaju.
selepas dipakaikan baju giliran wife dan ibu mertuaku pula untuk bergambar bersama-sama E-ein. Giliran abah E-ein bila pulak yek? (bisik hati kecil bapak E-ein) :)
.
.
.
.
.
.

Ahad, 29 Mac 2009

Little E-ein

Salam dan selamat berhujung minggu kepada blogger2 yang melawat blog seniduniaku ini. Semoga di hujung minggu ini kalian bergembira bersama yang tersayang. Gambar E-ein di bawah ni aku shoot pada pagi tadi selepas dimandikan oleh neneknya (Ibu Mertuaku)dan sesi pakai barut,pampers dan baju oleh Catlina.Macam biasalah bila pas mandi volume E-ein semakin kuat dek kerana kesejukan dan kelaparan susu.
.
Pagi tadi lebih kurang kul 4 pagi E-ein dah bangun minta susu, kemudian dia tak mau tido dan menangis jika di letak di atas katil. Jadi terpaksalah abahnya ini mendukung selama dua jam barulah si kecik tido. Agaknya dia selesa bila berada dalam dukungan.
.


Khamis, 26 Mac 2009

First baby photoshoot

Buat permulaan sesi fotografi baby, sengaja aku shoot gambar kaki sebagai permulaan untuk gambar-gambar seterusnya. Nak shoot gambar muka tak boleh lagi coz speed light membuatkan baby silau sangat-sangat. Tunggulah baby usia 3-4 bulan baru leh shoot sepuas hati.



 
© free template