Isnin, 13 April 2009

E-ein's Cousins (Amir And Alif)

Mereka berdua adalah sepupu kepada E-ein, Gambar-gambar di bawah aku shoot lebih kurang sehari sebelum E-ein dilahirkan. Tetapi mereka berdua terpaksa balik (Pulau Pinang) sehari sebelum E-ein dilahirkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
.














Jumaat, 10 April 2009

Kriket MSSJ 2009 (Kota Tinggi)

Salam kepada sahabat-sahabat blogger semua semoga anda semua dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki hendaknya. Selama tiga hari ni aku akan terlibat bersama2 pasukan kriket daerah Kluang untuk ke Kota Tinggi bagi MSSJ 2009. Doakan kejayaan untuk kami ye. kalau tak dapat juara dapat no 1 jadilah hehe..kidding. Kepada Edenphotographer thanks dengan pendapat anda itu dan soalan2 anda mengenai editing Itu insyaAllah akan di jawab bila balik nanti yek.

Ahad, 5 April 2009

Little E-ein's Potraitures

Untuk Photoshoot kali ni, Si Little E-in bagaikan tahu bahawa dirinya sedang dijadikan model oleh abahnya. Biasanya kalau x pakai baju E-ein akan meradang dan menangis, tapi hari ni dia cool je, mungkin kerana hari ni cuaca panas dan dia lebih suka x berbaju.
selepas dipakaikan baju giliran wife dan ibu mertuaku pula untuk bergambar bersama-sama E-ein. Giliran abah E-ein bila pulak yek? (bisik hati kecil bapak E-ein) :)
.
.
.
.
.
.

Sabtu, 4 April 2009

Pemilihan Pemain Kriket Daerah

Pemilihan pemain kriket telah dijalankan pada 2 April (Khamis) bertempat di SMSains Johor Kluang. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Pemilihan dibuat berdasarkan kecekapan/pengetahuan pemain dalam apa sahaja teknik dan undang-undang yang berkaitan permainan kriket ini. Terima kasih kepada Pengerusi kriket daerah Ustaz Zakaria dan timbalannya Cikgu Aziz dan Cikgu Yus yang menjadi perancang,panel pemilih,penggerak bagi sukan Kriket daerah Kluang, Juga makanan yang disediakan sungguh sedap dan menyelerakan .
.




























Rabu, 1 April 2009

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul sekolah aku telah berlangsung dengan jayanya hari ini (1 April 2009). Terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis yang penuh diberkati ini.
.


































 
© free template