Tahun ni gua beraya bersama isteri di Kota Bharu Kelantan selama lima hari, boleh tahan meriah bro, tapi gua demam tu yang jadi x berapa seronok tu dan kuranglah sikit aktiviti ziarah menziarah. Seronok sepanjang perjalanan ke kelantan sebab leh tengok suasana kampung orang dan menikmati keindahan alam walaupun tengok dari dalam keta je. Sempat lah gua tembak beberapa keping gambar sepanjang perjalanan tu.
Behenti tepi jalan di Tok Bali Kelantan, tiba-tiba gua dan wife nampak lak pemandangan awan yang menarik
Area ni sebenarnye kawasan bakau, tapi memang cantik waktu matahari turun
Cubaan kedua tembak gambar awan, yang ni wife gua yang tembak, leh tahan. teknik main bantai je hehe
Akhirnya sampai gak gua di jajahan Kelantan, saja lalu sini sebab pemandangan kat sini menarik
Behenti tepi jalan sekali lagi untuk tembak gambar jambatan Tok Bali
Fuhh masa ni kenderaan dah mula banyak di atas jalan, anak2 perantau mula balik ke pantai timur
Dah sampai area Bachok, cuaca mendung dan angin kencang..
Dari Bachok ke Kota Bharu ambil masa lebih kurang 45min campur jem jadi berejam perjalanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan