Ahad, 30 November 2008

My best friend's wedding

Percubaan pertama gua tembak gambar pengantin iaitu kawan baik gua sendiri Encik Razali, Tahniah bro Ali semoga kekal berbahagia hingga akhir hayat. berpeluh-peluh gak dibuatnya ye bila tembak gambar pengantin ni, dengan orang ramai berpusu-pusu nak tengok pengantin. Gua amik apa yang sempat lah sebab gua ni photographer x bertauliah dan hanya dijemput makan je hehe, tembak gambar atas dasar nak mencuba sebelum bergerak lebih jauh lagi dalam bidang photography ni.

Gua rasa dia ni mak andamlah, muda lagi. Bro Ali kalau gua silap tolong betulkan yek..Sempat jugaklah ustaz Apit menjeling-jeling ke arahnya, gua x boleh nanti Catlina belasah gua sebab dia ada kuasa melihat apa yang gua lakukan hehehe.



hehe sempat lagi menjeling keh2


Gaya macho seorang lelaki yang akhirnya berjaya bergelar suami dulu sama-sama curi-curi isap rokok akhirnya ketahuan jugak haha. bro leh jamming lagi ke pas ni?


Tahniah sahabat ku Ali, Pandai lu pilihlah hehe








Sempat gak gua bergambar bersama-sama pengatin, Ustaz Apit(bekopiah) jangan lupa malam ni gi jamming hehe buang kopiah hehe




Sesi potong kek, teringat gua zaman semasa dulu hehe..
Orang kuat semasa majlis perkahwinan, Berkopiah Al- ustaz Apit selaku tukang baca doa selamat dan doa makan berdiri di belakang pengapit pengantin selaku pemain Bass guitar berapi.

Selasa, 25 November 2008

Catlina and T-shirt Design

Sambil gua belek-belek design2 yang gua penah buat, terjumpa pulak design tshirt ni.Tshirt Fakulti Perubatan Veterinar UPM, Pada mereka yang belajar di UPM tahun 2002-2003 mungkin pernah ternampak design T-shirt ni.Gua buatkan atas permintaan Catlina yg penah bukak bisnes Tshirt masa belajar dulu. Masa ni belum kawin bro tengah hangat bercinta hehe gua lak masa tu tengah keje di sebuah syarikat advertising di Kajang (sebelum masuk KPLI). Design ni gua buat pada tahun 2003, asalnye catlina nak buat untuk classmate dia je seramai 80 orang tup2 Alhamdulillah banyak lak tempahan sampai satu fakulti dan lecturer2 wife gua pun beli,kiranya duit tu dapat gak menampung Catlina selama 1 semester.

Hmmm hmmm walaupun gambar ni ada yang pernah tengok di blog Catlina, tapi gua guna gak serta gua edit dengan menggunakan perasaan dan tenaga cakerawala 1000HP hehe. Sebenarnya gua x de masa nak tembak gambar-gambar terbaru so gua amiklah gambar wife gua yang tengah posing ala2 baby dalam perut lagipun kitaorang ni sedang menunggu kelahiran baby pertama kami.Perbezaan ketara hasil editing gua dan catlina ialah gua lebih suka gambar yang gua edit nampak dramatik dan sedikit elemen gothic art..

Sabtu, 22 November 2008

Jaga SPM dan Photographic lagi

Memandangkan kena jaga SPM coti2 sekolah ni, peluang untuk gua mengupdate blog amatlah terhad. Bila tengok bebudak sekolah amik SPM nih teringat gua zaman dolu2 amik SPM gak, ketawa kecil dalam hati gua bila tengok wajah calon2 SPM nih bekerja keras memikirkan soalan-soalan yang hendak dijawab, Alhamdulilah bersyukur gua kerana jaga SPM di SMK Agama Kerajaan Johor, Kluang kerana disiplin pelajar dan layanan pihak sekolah yang teramat-amat baik. Lagi satu yang bestnye sarapan pagi, lunch dan minum petang semuanya di sediakan oleh pihak sekolah. Terima kasih tuan pengetua,pihak sekolah dan calon-calon SPM SMK Agama Kluang, gua doakan kesemuanya success dan dirahmati tuhan Amin.Dalam pada sibuk2 tu sempat gaklah gua wat photographic sikit di rumah gualah takkanlah kat dewan exam SPM hehe.



Gambar burung kertas ni gua tembak masa gotong royong kat sekolah sebelum cuti sekolah, dalam kelas sebenarnye ni, anak murid gua yang wat burung ni, gua tak tau wat sebenarnye hehe. Editing gunakan level, colour dodge sedikit contrast pastu hentam je secukup rasa.


Gambar asal


Sebenarnye api ni diambil dari gambar sampah sarap dan kertas yang dibakar oleh catlina depan umah kami. gambar api tu catlina yang tembak gua editkan je hehe. Mainkan level dan contrast untuk naikkan kesan api dengan lebih nyata.

Sabtu, 15 November 2008

Pokok Kelapak

Gambar ni gua tembak masa balik kg gua di Pontian Johor, waktu dah hampir senja. cuma nak kongsi rasa kedamaian bila lihat suasana kampung tenang, sayu dan banyak nyamuk hehe.

Rabu, 12 November 2008

Anak muridku yang rajin

Satu minggu yang lepas gua bersama2 dengan beberapa orang pelajar bergotong royong membersihkan kelas. Almaklumlah dah nak cuti sekolah so kenalah guru-guru kelas bersama dengan beberapa orang pelajar yang dipilih untuk mengemas dan membersihkan kelas masing-masing. Gua jadi guru kelas bro, guru kelas tingkatan dua ARNAB, hehe 2Ariflah..Sempatlah gua tembak beberapa keping gambar buat kenang-kenangan. Pelik xde budak lelaki...sebab budak lelaki sibuk memancing udang bersama mr Unggai dan menternak ayam serama... Sebenarnye bukan xde budak lelaki, cuma biasanya yang datang samaada dia boring dok umah ataupun sememangnya dia memang rajin. Gua x leh amik gambar banyak2 sebab budak2 pompuan kelas gua ni bising pot..pet..hehehe


Lap tingkap pun nak posing gak, walhal gua dah suruh jangan tgk kamera


Biasalah bebudak kalau bergaya dengan gaya jari peace..cehhh aman sangat lah tu..


Tengok tu bro..tetap dengan trademark peace yang x abis2


Peace...peace...peace


Nasib baik yang ni gua curi2 amik merangkak bawah tingkap, kalau tidak mesti jari jemari tu ada gaya peace..


Jangan salah paham ini watak tempelan je, oleh kerana pelajar lelaki kelas gua x datang langsung cehh..gua tembaklah gambar lelaki macho kelas sebelah. Yang bestnye kelas diorang lelaki datang, dan dialah the only person yang mewakili kelas dia bergotong royong seorang diri bersama gurunya hehe

Hijau Bumi Tuhan

SEKALI KU MEMANDANG KEHIJAUAN SAUJANA MATA
SEMUSIM YANG BENDERANG HATI RIANG NIKMATNYA TUHAN
KITA BELALAH BERSAMA-SAMA
KITA JAGALAH HARMONINYA
SEMUSIM IA DATANG KEINDAHAN CIPTAAN TUHAN
HIJAU YANG TERBENTANG MAKHLUK TUHAN BERMESRA-MESRA
KITA BELALAH BERSAMA-SAMA KITA JAGALAH HARMONINYA
DAMAI TERPERI KICAU BERNYANYI BURUNG BERKICAUAN RIANG TERBANG
OMBAK MENGHEMPAS PANTAI MENANTI
INDAH BIRU LAUT INI PASTI
SALAM DIBERI INSAN DI BUMI
ITU NIKMAT HARI INI
TEGUR DAN SAPA SENYUM KETAWA
ITU TANDA KITA RIANG
ABADIKAN KEINDAHAN INI





Jumaat, 7 November 2008

Save the cheer leader, save the world


Saje gua letak entry pasal cite kegemaran gua ni..mmg gua n catlina nanti2kan sambungan season 3 siri Heroes ni. Malam tadi pulak dah start pilot episode bagi season 3, dua episod dimainkan back to back, sanggup gua n wife tido lambat semata2 nk tengok heroes. (sejak keje/kawin: bagi gua n catlina tido kul 12 mlm tu dah kira lambat lah tu).Pastu jadik geram sebab cite ni asyik buatkan orang tertanya- tanya (sape jahat, sape baik ni?) & tak sabar gua nak tunggu next episode, tak pasal g cari kat kedai vcd/ dvd nanti ni..kalau dah kuar lah haha..

ok bro, kalo ada peminat heroes mcm gua kat luar sane, watak heroes mana yg korang suke & kenape korang suke watak tu, cuba bagi komen sket!

P/s: watak kegemaran gua : Peter Petrelli sebab dia ade mcm2 kuasa. boleh terbang, boleh invisible, boleh tukar2 rupa etc....

Ahad, 2 November 2008

Black beauty

Semenjak jadi cikgu ni gua dah lama x design cover majalah komersial melainkan majalah sekolah jelah, 3-4 hari ni gatal lak tangan gua dok wat design cover majalah, Gua minat tul pada warna hitam so x heran lah kadang2 hitam menjadi warna pilihan gua dalam berkarya.

Me, Myself and guitars part 2

Alkisah malam tadi gua susah sangat nak lelapkan mata, terkebil-kebil biji mata gua keresahan tak boleh tido dan wife gua lak letak je pale terus lena. Jam menunjukkan tepat pukul 12 mlm gua pun bangun capai laptop gua dan createlah some design using gambar sendiri. Dulu masa zaman kanak-kanak pernah gak bercita-cita nak jadi artis rakaman dan ada album sendiri , x tercapai sebab masa tu xde Akademi Fantasia ha..ha.. Kat bawah ni antara beberapa keping hasil design tgh malam tadi konsep hentam je...tapi gua suka modern art, gothic art and some elements of nature...Gua ni masih pakai Photoshop 6 lagi, ketinggalan zaman dah gua ni, mana x nye dari zaman belajar masih guna version 6 lagi. Apapun pada gua lu guna version lama ke baru ke, asas photoshop tetap sama, yang penting kuasai yang asas dan kena selalu practice jadikan amalan kalau x memang cepat lupa.

 
© free template