Kat bawah ni Cover Tiket konsert Tour kami sempena konsert jelajah di negara Timur-Timur dan utara Kazakhtan. Eksyen je ni bro, nama kumpulan gua ni boleh berubah-rubah mengikut cuaca dan ikut sedap kami nak sebut heheh...
Al-kisah beberapa hari yang lepas, gua bersama-sama dua orang rakan gua menghabiskan masa kami dengan jamming di salah sebuah studio muzik di bandar Kluang (masa ni catlina gua tinggalkan kat umah mak gua hehehe), thanks diucapkan kepada mereka berdua (Ustaz Apit dan Kiyai Didin) happening tul malam tu. Sebenarnya ada sorang lagi iaitu paman Ali, beliau x dapat hadir sebab dia baru je kahwin(gambar dia kat entry my best friend’s wedding) Sesekali bila jumpa ngan kengkawan lama inilah aktiviti yang biasa kami lakukan semenjak dari bangku sekolah lagi. Bukanlah hebat sangat bro, tapi setakat nak hiburkan halwa telinga kami bolehlah bro hehe. Lagu-lagu ganas yang kami bawa macam biasalah seperti SELIMUT PUTIH, SEPOHON KAYU, LONDON BRIDGE, PAK MAMAT ADA KEBUN, TWINKLE-TWINKLE LITTLE STAR, KLUANG MAN, TOM-TOM BAK, LAGU SEKOLAH, GERAK KHAS, dan banyak lagilah lagu-lagu yang ganas tetapi penuh keinsafan dan ketenangan. Perkara Ajaib berlaku apabila kopiah Ustaz Apit hilang dengan tiba-tiba ishhh dasat..dasat... Anyway korang terhibur dengan tajuk2 lagu kami? nak dengar persembahan kami?maka datanglah ke kompleks membeli belah SOGO khamis ini tingkat lapan aras tiga, belilah 2-3 pasang baju, dan sure kami tak ada kat situ, pendek kata lu orang nyanyi sendiri lah lagu2 tu..RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...
Hehe biasalah gua kalau gi jamming keje gua ialah sebagai tukang pukul je, gitar dan bass ni biasanye Ustaz Apit dan kiai Didin yang conquer hehe
Ustaz Apit
Masa nilah kejadian kehilangan KOPIAH ustaz Apit tetiba hilang semasa kami mendendangkan lagu Supermasive BlackHole versi Kazakhtan..
Kiyai Didin dan Ustaz Apit
Gaya macho 2 pemain bass dan guitar, kiyai Didin (pemain bass) lega setelah ustaz Apit dapat mengawal diri setelah mendendangkan lagu selimut putih dengan berkesan sekali, Kiyai Didin cukup minat ngan lagu-lagu Cromok..Malam tu Kiyai Didin cukup hebat dengan petikan yang
memukau semasa mendendangkan lagu sibling pehhhh...
Gambar ni adalah gambar sebelum mereka berdua bermain gitar menggunakan siku dan penunu bunsen ...cukup dasyat dan mengerikan bro. Lagu ikan kaloi jeee
8 ulasan:
Salam fly....wawawawawawa bagus banget geng2 luk.....hehehe mcm2 bakat ader ek...bgs tul.....bravo la...aku ni teringin gak nak main alat2 muzik nih...tp x kesampaian...huhuhu sedey...
wsalam maza..thanks for ur compliment..ala bro aku ni jamming suka2 je tu, bukannye tahap pro pun..hehe eksyen je lebih tu ahaks..
hahahahaha yela 2....at least ko ni active gak... aku suka benda2 cmni...tapi tula....sbb x terdedah sgt kot ..sbb tu aku xsempat nak join....kekekek nak blaja skang rasa xsempat lak....huhu
jamming smpi tgh mlm..mujur sekali sekala je kalau hari2 nak kene piat telinga nih!biasa ni tinggal2kan wifey ni hep hep! :P
hehehe saya g jamming lagu nasyidlah...
Chewahh..!!
Baru hujung minggu lepas gua pun jamming sama..!!
Setelah hampir 3 tahun ahli band kitorang menjadi hamba rakyat yang setia pada bank-bank yang prihatin.. (Edehh..!!)
Seronok tengok ada orang yang sekepala dengan gua dalam blog ni..!! Lima ploh blas thumb up laa untuk bro..!!
salam cikgufly. jamming eh? hehe. solat ttp solat. best tu punya ayat.. hehe
thanks CJ dan pena keris,kadang2 je dapat jamming tu, lagipun sejak berumahtangga ni terbatas sikitt lagipun kadang2 je dapat jumpa member tu, masing2 sibuk keje
Catat Ulasan