Isnin, 16 Februari 2009

Sukan Sekolah Kali Ke-20 (Tahniah Rumah Merah)

HOLA! HOLA! Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi kerana Sukan Sekolah SMKKT kali ke -20 telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Feb yang lepas. Walaupun sukan kali ini diuji dengan dugaan seperti bekalan tenaga elektrik tiada dan khemah pelajar runtuh akibat angin kencang pada petang sebelumnya, namun guru-guru dan pelajar tetap meraikan sukan sekolah dengan penuh komited walaupun dalam kesederhanaan. Syabas diucapkan kepada warga SMKKT. Tiada rezeki bagi pasukan rumah biru untuk menjulang kejuaraan 3x berturut-turut kerana telah dirampas takhta tersebut oleh rumah merah. Namun begitu, seperti yang diberitahu pada entry sebelum ini, jika rumah biru kalah pada tahun ini, kegagalan itu adalah kerana memberi peluang kepada rumah lain untuk merasa menjulang piala pusingan tersebut (biasalah alasan bagi mereka yang kalah heh), anyway tahniah kepada rumah merah yang berjaya menjulang piala kejuaraan rumah sukan 2009. Namun begitu berwaspadalah menghadapi kebangkitan bala tentera naga biru, tasik kapur barus pada tahun hadapan (Sambil Cikgu Fly mencari bil2 pembelian untuk di claim).
.


























21 ulasan:

anntaj berkata...

cantik gambar kat sini...
:)

Tanpa Nama berkata...

teringat aku zaman sekolah
rumah aku pernah johan sekali sepanjang 5 tahun aku kat situ...
aku rumah biru!

Fly berkata...

thanks antaj

Fly berkata...

Pj selamba : wah ni ko ni penyokong kuat umah biru lah ye..jangan bimbang bro untuk tahun depan pasukan rumah biru dah bersedia hehe poyonyee

Rui berkata...

cikgu fly, smart laa gambar2 candid pelajar2 bersukan.. ini semua digunakan dengan lensa 75-300 kah?! :)

chekgu Bani Hassim berkata...

ni ko pakai d60 ke fly??
ade pesaing nmpk dlm skolah ko...?

Linda Latip berkata...

wah saya dlu pn umah biru+kuning..lg satu tk ingat dh warne apa..plus gmbr berlari msa tu sume ade dicaptured dek abah jgk (msa tu gune nikon F301) pricelesss!

excellent compo cg. and tahniah rumah merah!

.: Sugar-cRave :. berkata...

wow..nicenyeee pic dak2 skola ni...huhu....teringat masa skuwl dulu...hikss...;)

cerpelai berkata...

Makin galak dia ni menembak..
A.Galak pun tak galak macam bro..
Kehkehkeh..
Editing yang cantitt..!!

Jue berkata...

tapi cikgu fly @ uncle fly...
rumah sukan mak saya dulu selalu menang setiap tahun :p Rumah Mutiara(Kuning)... apasal skrg ni biru asyik menang plak.. :p

Mama punya rumah sukan pun kuning(Utarid).. harap2 boleh menang tahun ni..

bila besar sy pun nak rumah kuning gak.. hikhik

Muhafis berkata...

wah2.. hari sukan ajee.. tgh musim ea..

DrSam berkata...

Tahniah rumah merah! rumah kaler lain cuba lagi tahun hadapan.

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam cikgu
kalau dulu masa skolah umah merah ni memang TOP aaa
rasa glamour bila dapat umah merah ni (hehehehhe) yang keduanya umah KUNING. kalau umah hijau selalu dapat kat bawah skali dan itulah rumah hambo:-)
menarek nya cikgu fly shoot smeua gambar ni, clear. DOC cat takk ikut sama ke?

penyapubaru berkata...

salam hello tuan rumah
wehh betui ka itu atas skali nama dia cikgu budin

tetiba aku excited

Fly berkata...

baby Alden : Masalahnye sekarang umah biru kalah tahun ni wuuu wuu..sedih tahap cipan

Fly berkata...

Muhafiz : yup bro, sukan dah abis

DIlla : Thanks Dilla

Penyapu Baru : Wah Ada orang kenal cg Burhanudinlah, Mana kenal bro?

Fly berkata...

Drsam : thanks Dr Sam (majulah sukan untuk sekolah)

penyapubaru berkata...

aku bro ka??ok2, ekekek,
cikgu budin tuh dulu cikgu aku masa form 1-3 kat STK.
sekarang aku kat bangi la
gile garang dia, aku n kwn2 asik kena rotan je, bunyik kunci dia sama perfume dia dr jauh pun rasa kecut gile..ekekeke sweet time

Wardrobe kita berkata...

erkk..menarik btl gmbr2 tu smua..nice sharing..

Jue berkata...

kihkihkih.. cigu fly.. baby alden saja nak fire tu.. :p

PHIRDOTE berkata...

menarik

 
© free template