.Alhamdulilah beberapa hari yang lepas dapat jugak aku melepaskan gian untuk makan tempe dan dan buah sukun, ini kerana beberapa hari yang lepas telah selesai majlis kesyukuran dan akikah anak dara sulung aku yang diadakan di rumah orang tuaku. Pelbagai juadah dihidangkan namun tekak aku ni tetap jugak menunggu2 buah sukun dan tempe digoreng celup tepung, pastu cicah lak bersama sambal kicap pehhhhhhhhh...sodapppp sampai mak mertua lalu pun tak perasan (lagipun mak mertua aku memang xde masa tu).
Sedikit info mengenai kebaikan tempe ini adalah kandungan probiotik yang terdapat dalam makanan tradisi ini. Apakah itu probiotik? Ia adalah bakteria yang membantu dalam pelbagai proses yang berlaku dalam tubuh badan kita. Dr. Bernard Jensen, merupakan seorang pakar dalam bidang terapeutik probiotik merumuskan fungsi probiotik dalam tubuh kita:
1. Membantu pergerakan usus
2. Membantu penambahbaikkan sistem imun
3. Membantu pembentukan vitamin
4. Membantu penyahaktifan agen barah
5. Membantu mengawal kolestrol dan paras hormon
6. Membantu dalam penghasilan laktasi (enzim pengurai susu)
Dengan adanya probiotik, ia dapat mengatasi gangguan keseimbangan bakteria didalam tubuh yang disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:
1. Gaya hidup yang tidak sihat
2. Amalan permakanan yang tidak teratur
3. Penggunaan antibiotic yang tidak terkawal
4. Tekanan mental
5. Persekitaran yang tercemar.
Berbalik kepada ‘tempe’ tadi, ia mengandungi bakteria asid laktik (strain TH10) yang mampu melawan bacteria berbahaya MRSA (methilcillin resistance staphylococeus). Oleh itu, apa kata anda? Adakah tempe akan menggantikan makanan segera seperti pizza, kentang goreng dan burger dalam kehidupan anda.
Rujukan dari : http://uthmdehati.wordpress.com/2008/07/28/khasiat-tempe/
Pas ni rajin2 makan tempe dan jangan cakap muka seseorang macam tempe heheh
.


.
Bila melihat buah sukun ni, terimbau kembali zaman kanak2 aku ketika berumur 11 tahun. Pada masa tu aku dijaga oleh arwah nenek, rutin harian aku selepas waktu persekolahan ialah menjual buah sukun besama sepupu aku dengan menaiki basikal di sekeliling kampung. Dengan hasil jualan inilah sebagai tambahan duit perbelanjaan harian kami, Penat tapi inilah pengalaman yang sangat2 menyeronokkan dan menjadi memori indah yang tidak dapat aku lupakan. Terbayang susuk tubuh arwah nenek menjolok buah sukun dengan sepenuh tenaga walhal keringat yang mengalir sebagai bukti arwah nenek menahan kepayahan dan kesakitan dek duri2 buluh mencucuk genggaman tangannya. Itulah tiap kali aku menjamah sukun goreng tepung cicah kicap ni pasti kenangan ini datang menerpa.