Selasa, 23 September 2008

My Ultimate Weapon

Inilah senjata yang gua ada bro, xde menatang ni boleh sengsara idup gua. Banyak perkara yang boleh dibuat dengan benda ni, So kepada mereka yang mempunyai laptop atau komputer yang canggih2 sekalipun kalau setakat untuk main game dan guna word sahaja nampaknye lu telah merugikan diri lu dan x bernilailah wang ringgit yang lu orang beli, lebih-lebih lagi kepada mereka yang masih muda. Dunia ICT ni luas bro jangan singkatkan pemikiran belajar dan belajar, dengarlah cikgu cakap ni ye murid-murid har... har.. Tahniah kepada bro Unggai lu telah beberapa melangkah kehadapan dengan jayanye dalam bidang ICT. Bon Voyage!!!

Sinar cahaya

Sedang gua keseorangan di dalam bilik hotel dan jam menunjukan pukul 11.50 mlm sempat lagi gua tembak beberapa keping gambar lampu tido di sebelah gua. nilah beberapa keping gambar yang terbaik kot yang gua berjaya tembak.


Cubaan pertama


Cubaan kedua


Cubaan ketiga

Sri Malaysia Mersing

Hmmm Dah kerana tugas dan tanggungjawab terpaksalah gua berkursus di Mersing selama 3 hari 2 malam. Kursus orientasi matapelajaran Sivik untuk tingkaatan 5 tahun 2009. Maknanye tahun depan gua kenalah ngajar Sivik tingkatan 5 lak. Mencabar gak bro kursus bulan2 pose ni. Satu je yang seronok wat masa ni, leh wifi kat bilik yahooo, malam lak xde kuliah heheh.



Sampai2 je dalam bilik hotel gua terus amik gambar sendiri, pehh rasa cam pro lak.


Close up kerusi tepi tingkap yang gua duduk rasa bergoyang-goyang macam nak patah..



Bukti gua gi kursus, bukan gi mandi-manda kat air papan...


kalau ada 2 biji letak penjuru ruang tamu umah gua cantik gak nih...


X setuju tul dengan pengurusan yang menyatakan, apabila teh atau kopi habis penghuni perlu membayar lagi untuk dapatkan nescafe dan teh yang baru cehhh....

Isnin, 22 September 2008

Pari-Pari

Macam biasalah bab bergambar pantang disuruh adik gua ni, dengan pastasnye dia transform kan diri menjadi sesuatu yang di luar dugaan iaitu pari-pari kayangan. Lokasi gambar-gambar ini di dalam bilik bro kat umah parent gua..

Sebelum bertukar menjadi pari-pari bintang tujuh...



Taraaa..... dengan pantas bertukar menjadi pari-pari sakti


pari-pari posing kat tingkap lak, selepas itu x nak behenti amik gambar, gua lak yang penat

Juadah Berbuka

Gua kalau ngan wife gi bazar ramadhan, juadah nye ialah ikut sedap mata memandang, x leh dok lama-lama bazar tu, gua takut nafsu menguasai gua dan isteri. inipun dah banyak yang kitaorang beli. kalau lu orang tengok macam makan 3-4 orang.
Menu
1. Sate 20 cucuk
2. Mee Kari 1 Bungkus
3. Laksam 2 Bunkus
4. Tepung Pelita 3 biji
5. Popia sambal manis 3 batang
6. Lemang 2 ketul
7. Daging Rendang (Mak gua bagi, panaskan je)









Tengok juadah berbuka gua petang semalam macam juadah Hari Raya lak....

Ahad, 21 September 2008

Kongsi Ilmu - Skill Photoshop 2

Petang-petang sebelum waktu berbuka sempat lagi gua cilok2 gi depan opis wife gua, ada wireless network, so bolehlah gua edit2 sikit blog gua nih. Kat bawah ni video bagaimana kita leh gunakan semaksimumnye penggunaan Photoshop, Macam-macam kite leh edit bro, kalau dah tau makan minum pun dah tak ingat..

video

Kongsi Ilmu Skill Photoshop

video

Melawat Tapak Projek

Kenangan mengusik jiwa, antara aktiviti utama gua duduk di felda Kahang Timur. Memancing adalah aktiviti Lapang gua bersama rakan-rakan, cg Fendi, Cg Din dan terutamnya Mr Unggai. Mr Unggai orang yang bertanggungjawab menyebabkan gua terjebak ke kancah memancing ini. Antara port2 yang biasa kami terjah sesuka hati ialah di Hutan Lipur Gunung Berlumut tak jauh bro, tapi jalan kaki penatlah..


Papan Tanda jalan masuk ke Gunung Lumut, dan disinilah tempat gua dan rakan-rakan melempiaskan nafsu memancing kami haha ,Cheh tukar lah cantik sikit papan tanda tu.


Cg Din mendakwa bahawa beliau telah ternampak seekor ikan emas bewarna merah jambu bermain-main di gigi air dan di port inilah gua dan rakan-rakan pernah mencari rezeki di suatu masa dahulu..



Satu lagi port gua dan rerakan yang lain memancing hingga 2-3am dasatttt2. Sebarau, keli, haruan jadi mainan kami jelah...



Sign dimana tempat Mr Unggai bekerja....



Inilah tempat dimana tempat dimana Mr Unggai bekerja, salah satu pemancing tegar dan berani menghadapi rintangan walaupun berseorangan memancing diwaktu malam. Long live Mr Unggai...

Jumaat, 19 September 2008

Berkorban demi pemimpin

Hari ni gua, cg din, cg khusairi dan beberapa orang cikgu yang lain diarahkan untuk membawa pelajar ke Felda Ulu Dengar sempena kedatangan Dato Hisamuddin. Xde wat pe pun berbaris panjang tunggu hingga dato hisham sampai. Sejam lebih gak kitaorang dan pelajar-pelajar terpacak kat tepi jalan.


Gambar dibawah ni adalah suasana guru2 dan pelajar-pelajar sekolah gua semasa menunggu menteri x sampai2 lagi.. puasa tetap puasa bro...

Berbaris dari atas bukit sampai ke bawah bukit, jap lagi pindah tempat lak. nasib...nasib..


Cg Din yang hampir2 putus asa menunggu menteri yang belum sampai2 lagi, bawak bersabar bro, control sikit depan student tu


Hmmm kalau dapat milo ais, teh o ais, sirap bandung best ni....


Biarlah orang nak kata apapun terhadap diriku, aku tetap aku. Cg fly buku tatabahasa saya dah letak atas meja cg, maaf sebab ada nota agama dalam tu heh hehe.


Cg Din yang tidak putus-putus asa cuba mengezoom objek yang berada 2 kilometer dihadapannye.. Boleh ke bro??? haha


heheh muka-muka yang dalam keadaan penuh kesabaran dan keimanan menunggu menteri yang tak tiba-tiba lagi. Bab berlakon memang 1st class..


Cg Nik boleh dikatakan marshall lah dalam program menyambut menteri ni, kira kalau konvoi dia kepala lah..

Khamis, 18 September 2008

Tangga kejayaan

Tangga di bilik KH gua ni dah banyak berjasa kepada gua untuk menggantung banner, bunting disekeliling sekolah. Wahai tangga jasamu tetap ku kenang. Bilik Kh tempat gua sekarang dah ada 2 penghuni tatap iaitu 2 ekor tupai laki bini dan seekor katak. Ada masa nanti gua tembak gambar makhluk2 tersebut.


hah..nampak remeh je tangga tu tapi kite tak tau kiter perlukan sesuatu benda tu sampai lah kite kehilangannya...

Rabu, 17 September 2008

Sejarah Seni Di malaysia Part 1

Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China.

Selasa, 16 September 2008

RAYE

Hari ni xde cite ape2 yang menarik, gua hanya menghabiskan masa design kad raye sekolah gua dan print sebanyak 43 keping, printer wat hal, abis 20 keping kertas musnah begitu sahaja, sabar..sabar..

design kad raye sekolah gua 2008

Isnin, 15 September 2008

emosi (potrait)

Raya hampir tiba diam tak diam sudah dua minggu umat islam di dunia menunaikan ibadah berpuasa dan next week adalah minggu akhir persekolahan pas tu cotiii. Gua raya ni balik kg mem di Kota Bharu. Seronok kali ni sebab gua rasa x sabar nak tembak gambar suasana beraye dan suasana kehidupan di pantai timur. Gua bercita-cita nak amik gambar candid pakcik tua yang sedang duduk di atas ambin kayu sambil isap rokok daun, menghirup secawan kopi. Moga-moga onthe way ke pantai timur nanti gua jumpa situasi camtu.


Kat bawah ni gambar-gambar model yang gua upah tanpa bayaran, (upah tanpa bayaran??? camne tu??..lu xyah pikirlah) Terima kasih kepada model2 gua kerana memberi kerjasama yang tidak terhingga.



Gambar adik gua, masa ni dia malu-malu lak nak amik gambar, biasanye pantang disuruh. Pehh sekarang ni cita2 dia dah tukar lak, dia cakap tak mau jadi cikgu dia nak jadi model lak adussss...


X dapat cari bunga ros bunga raya pun jadilah.



My beloved wife, heh dah pakai uniform tu.. gambar diambil waktu pagi yang syahdu.. Gua bukan apa, gua lah yang buat bini gua jadi macam ni, kira buatan orang jugak lah ni dan orang tu ialah gua. X lama lagi nampaklah perut tu membesar dan insyaAllah bulan March tahun depan due date wife gua melahirkan baby pertama kami AMINNNNNN.....


Effect blur gaussion blur ditambah pada background gambar. Lokasi dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Boleh tahan gak wife gua ni heh..heh...hehh


Di lokasi yang sama. effect radial blur, colour dodge, colour burn dibancuh sama rata dan sesedap rasa.

MONDAY BLUES LAGI

Isnin dah tiba kembali, dapat cuti ujung minggu selama dua hari memang sungguh menggembirakan sanubari gua. Ari ni cuaca mendung kalau ujan sure lebat giler ni. Gambar-gambar kat bawah ni gua tembak hari jumaat yang lepas sebab tulah diaorang lengkap berpakaian baju melayu dan bersampin.


Pas ngajar gua bagi kejelah, kemudian sempatlah gua amik gambar pelajar-pelajar gua ni, tengok tu sempat lagi melelapkan mata tu bro... cari ilham kot


Gua sebenarnye dah arahkan diaorang act macam tu supaya nampak rajin dan bijaksana seperti gua..


Kepada guru-guru KH, kalau lu terer, sape yang cipta Apit G ni??? selain digunakan untuk memegang sesuatu bahan kerja, ianya juga boleh digunakan untuk menyepit medula oblongata pelajar yang tak siap keje sekolah. xde bro gurau je, gila lu sekarang tak leh suka-suka hukum pelajar, silap-silap lu lak yang kena hukum.

Jumaat, 12 September 2008

Hari yang dinantikan...

Fuhh.. akhirnya tiba gak ari jumaat, nape ari jumaat??..sebab sok cuti dua hari har2. projek ujung minggu gua akan mengambil gambar lagi, tapi tak tau nak amik kat mana, rasanye nak belajar gunakan kamera dan flash yang gua baru beli. Harga taklah sampai ribu-ribu bro, tapi kalau convert duit indon, agak mahallah kalau di congak. Terima kasihlah kepada brother Rosli dan rakan-rakan yang sudi menjenguk ke blog gua ni, buat bro Rosli kalau jenguk2 blog kawan ni kirim2lah sate ke, ayam golek ke, ikan trubol masak cilipadi ke (pehhh teringat zaman dolu2) semasa diriku ini membujang.

Khamis, 11 September 2008

Sunset.....ntah bila..

Kalau ada masa nanti gua bercadang untuk tembak gambar sunset, cuma masa je yang tak mengizinkan almaklumlah cuaca sekarang tak menentu. Setelah dikaji kebanyakan gambar-gambar cantik dalam majalah semuanya telah diedit menggunakan software2 tertentu untuk mengindahkan lagi gambar-gambar yang telah diambil. Tetapi ada juga sesetengah gambar yang sudah memiliki nilai keindahannya sendiri, biasanya jurugambar2 profesional je yang amik gambar macam tu. Selain daripada ilmu di dada dan daya kreativiti yang tinggi, kamera serta perkakasnya juga memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan hasil gambar yang memuaskan. Takpe pelan-pelan kayuh yang penting dapatkann kamera SLR dulu, tak gitu En Maslahudin bin Yusof heheh.


Kat bawah ni gambar-gambar yang gua edit supaya kelihatan lebih emosi dan dramatik.

gambar asal (sedap je mata memandang)


hi..hi..hiiii.. rumah hantu


gambar asal

gambar pemadam api berlabel A,B dan C jenis debu kering (memadam semua jenis kebakaran) cikgu KH bro heh..


gambar asal (dah lama tak basuh ni)

akhirnya masuk gak gambar kete gua kat dalam blog ni, setelah di edit macam dah basuh lak hehe..


gambar asal

peti surat ni pun kat umah gua, amik gambar ni sebelum waktu berbuka

Rabu, 10 September 2008

dapat duit rebate leh beli flashh uhhh laaa laa

Semalam gua dan en maslahudin gi amik duit rebate, pehhh dua jam bro menunggu. gua siap jalan-jalan kat courts mammoth lagi. Ingat duit rebate ni nak beli flash tapi pikir2 balik nak raye lak, baju raye, kuih raye, duit minyak raye, duit raye, tetibe rasa seperti akan timbulnye kegagalan untuk membeli flash. Macam manapun gua akan usahakan jugak untuk dapatkan external flash, salah satu kelengkapan yang penting untuk kamera SLR tuh..

kalau lu orang x percaya lantaklah, tapi ni keta gua ngan wife bawak gi pasar. sekian

Selasa, 9 September 2008

walaupun baru puasa ke 9, syahdu bro dengar lagu raye..

kat bawah ni gua paparkan hasil design gua menggunakan photoshop bersama dengan gambar asal yang belum di edit.

gambar asal

effect motion blur, radient blur, kaler dodge dan kaler burn


gambar asal

ni sebenarnye gambar kaler pensel adik aku, mainkan dodge, radient blur...


gambar asal




gambar asal


effect dodge dan burn sedikit motion blur


gambar asal

adjust beberapa layer dlm photoshop


gambar asal

double layer dan kaler burn
 
© free template