Isnin, 23 Mac 2009

Dugaan

Dugaan buat aku dan isteri kerana baby Insyirah terpaksa ditahan di wad kanak-kanak kerana jaundisnya semakin meningkat. Terkejut apabila mendapat result darah jauh berbeza dari hari semalam, kalau semalam result darah 13.8, hari ni meningkat kepada 18. Patutlah aku perasan malam semalam mata baby dan badannya nampak semakin jelas kuningnya. Kesian baby diambil darah 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang untuk result darah, tangan dicucuk untuk masuk air, Sayu hati tapi apa nak buat, redha dan berdoa supaya baby Insyirah cepat sembuh dan cepat balik ke rumah.

17 ulasan:

Out Of Focus berkata...

Banyak banyak bersabar k bro, semua ini hanya ujian kerana tuhan sayang kan engkau dan insterimu. Insyallah all will be okay soon. My prayers are with you both.

Fly berkata...

terima kasih sahabat, doa sahabat bagaikan satu penawar bagi kami :)

khairul onggon berkata...

MashaAllah.. ini semua ujian dari Nya.. banyakkan bersabar bro.. Semoga baby sihat hendaknya..

Fly berkata...

khairul onggon> thanks bro, semoga ko juga sentiasa diraahmati olehNya

amirul berkata...

Salam Sahabat,
Bebanyakan bersabar bro... Ujian Maha Esa... anggaplah ini sebagai pengalaman baru yg harus diterokai... Doa saya dan isteri sentiasa mengiringi anda sekeluarga... semoga baby girl cepat sembuh... ameen...

Fly berkata...

thanks Amirul, yup bro pengalaman yang teramat-amat baru dan banyak lagi yang perlu kami belajar dalam menempuh alam baru ni. InsyaAllah kami akan sentiasa menghadapi dengan penuh kesabaran dan kegembiraan..aminnn

kabussenja berkata...

Cg Fly dan Family, tabah mnghadapi.. 3 mggu slps kelahiran mmg merumitkan pastu semua ok dan stabil... smoga bby cepat sembuh ya!

Dj Epoi berkata...

Jangan Risau......
Takder menda..lah....
Inshaallah....will be Okes....lpas nih...

Memang macam ni ponk....

Gua doakan agar semuannya Sukses!!!
Cuba bawa2 tanya orang Tua2 Petua..2

AiE bAhRi berkata...

Banyakkan bersabar bro.Moga baby selamat dan sihat

Encik Cerpelai berkata...

Gua tumpang simpati dan turut sama mendoakan agar anak bro cepat sembuh..

umie@kakyong berkata...

Salam..
mula sekali nak ucap tahniah sebab dah bergelar AYAH... sabar banyak2.. insyaalah semuanya dalam keadaan stabil dan cepat sihat..

happy bezday juga walaupun agak terlewat... (bezday date sama dgn umie@kak yong..) hhihi...

Gogos berkata...

salam bro..nie proses biasa bro..mmg kalau baby ada something wrong..pihak hospital kena elert..diorang takut anything happen,nanti kita salahkan diorang..anyway,takde ape..sebab gua pun penah mengalami saat2 mcm gak..alhamdulillah takde ape..bagus gak lu cuak bro..ini menunjukkan lu bakal 'ayah mithali'..amin..

Fly berkata...

gogos : Lu ni kan beb kalau mula berkata2 membuatkan gua lebih bersemangat, bersemangat untuk menjadi ayah yang terbaik..InsyaAllah bro..

Linda Latip berkata...

doa kami buat insyirah :) get well soon syg..n cg, keep us updated k...

Chekgu BaniHassim berkata...

aku doakan baby ko cept sembuh...
rasenye takde ape yg serius...takyah risau lebih2...

Rui berkata...

bersabar bro.. biasalah dugaan datang menguji kehidupan kita.. insyaAllah semuanya akan ok nanti..

kuIna Jentayutiara berkata...

salam...
berdoalah.
moga cepat sembuh.

 
© free template