Diucapkan selamat bercuti kepada guru-guru dan pelajar-pelajar semua, semoga cuti yang diberikan ini dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Walaupun realitinya ada sebilangan guru2 yang terpaksa hadir ke sekolah waktu2 cuti ni dek kerana ada tanggungjawab dan tugas yang perlu diselesaikan. Pelik tetapi benar masih ada insan yang menganggap tugas guru mudah dan tidak mencabar, kerja setengah hari, banyak lebihan masa dan macam2 lagilah gambaran tentang betapa mudahnya menjadi seorang guru. Bukan mudah yang disangka, tanggungjawab yang dipikul begitu besar, lebih-lebih lagi mengajar pelajar yang berada di era ini. Zaman berubah tidak seperti zaman aku belajar di bangku sekolah, cara atau pendekatan pendidik zaman itu sungguh berbeza dan meninggalkan kesan yang cukup mendalam sehinggalah kesaat ini. Kalau tak kerana rotan manakan insan jahil seperti aku ini bisa menjadi seperti sekarang dan bapa pula akan menambah lagi hukuman jika dia tahu aku telah dihukum oleh guru. Di zaman ini setiap tindak tanduk yang guru lakukan perlu berhati-hati, silap-silap haribulan terpampang nama di dada-dada akhbar dengan kenyataan yang ditulis seakan-akan guru yang terbabit benar-benar bersalah tanpa di bicara. Apapun tahniah diucapakan kepada guru-guru dan pelajar mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan STPM, semoga kejayaan itu menjadi pemangkin kecemerlangan kepada generasi yang berikutnya.
.
15 ulasan:
Selamat Bercuti... Manfaatkan cuti tersebut... teringat zaman sekolah aku... huhu...
Thanks bro, Cuti penuh debaran sebab tgh menunggu kelahiran baby pertama nih, wife tengah menunggu hari nih
slmt bercuti bro. wah! wife tunggu hari ye. mesti debar sgt2. minyak telon jgn lupa beli. ahaks!
diharapkan selamat la sumenya ye..detik2 bermakna tu..
CJ : thanks bro, anyway aku ni jahil sangatlah bro minyak telon tu apa?
Tuya : Thanks tuya dengan ucapan dan doa itu.
fly, minyak telon tu utk baby.
utk sapu kat perut baby, utk elak kembung...
huhu, aku yg bujang ni pun tau...huhu
er...luahan ko pasal guru tu touching la...haha
org selalu salah paham..
Cikgu Bani Hashim : Oh ye ke..hehe yang aku tau minyak yuyi,
wah, seronok lah juga cuti!
selamat bercuti...dan mesti berdebar nak tggu kelahiran baby pertama..semoga segalanya berjalan lancar...
yong ibu Chem: thanks Yong.. memang tgh berdebar bni dup ..dap..dup..dapp
Macam mana sekalipun gua tetap mengangkat telapak tangan ke paras dahi sebagai tanda hormat pada profession guru di seluruh dunia..
Tanpa guru tiadalah manusia yang berjaya..
Cerpelai : thank bro, gua tahu lu adalah insan yang sentiasa berfikiran positif.
Cuti adalah masa untuk charge bateri.Lepas cuti kene guna banyak tenaga lagi. Cuti juga masa untuk mencari ketenangan selepas berhempas pulas mendidik anak bangsa. aku bangga menjadi pendidik...
pejam celik pejam celik kejap jer seminggu..
selamat bercuti cik gu fly...
semogasemua berjalan dengan lancar...semoga wife fly selamat bersalin...
Catat Ulasan